KEADAAN kereta mangsa yang merempuh pagar rumah, Ahad lalu. FOTO Recqueal Raimi
KEADAAN kereta mangsa yang merempuh pagar rumah, Ahad lalu. FOTO Recqueal Raimi
Recqueal Raimi


Tuaran: Lelaki yang cedera parah akibat tersepit selepas kereta dipandunya merempuh pagar sebuah rumah di Jalan Tamparuli-Tuaran berhampiran stesen minyak Telibong pada 1 Mei lalu, meninggal dunia semalam.

Mangsa, Adri Bidin meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu jam 7.30 pagi akibat kecederaan organ dalaman dan kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tuaran, Asisten Superintendan Raji Hussin Suhodin mengesahkan laporan itu.

"Mangsa yang diselamatkan pasukan bomba ditemukan pengsan dan dihantar ke Hospital Tuaran sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

"Namun, pihak hospital semalam memaklumkan polis yang mangsa meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan hari ini," katanya.

Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar paip air di bahu jalan sebelum merempuh pagar rumah penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2022 @ 11:47 AM