KERETA berkenaan. FOTO Paya Linda Yahya
KERETA berkenaan. FOTO Paya Linda Yahya
Paya Linda Yahya


Gua Musang: Kanak-kanak perempuan sembilan tahun maut, manakala ibu dan dua adik beradiknya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 79 Jalan Gua Musang - Lojing, dekat sini, semalam.

Pada kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Tuan Nur Amani Tuan Khairul Azhar disahkan meninggal dunia jam 3.15 petang ketika menerima rawatan di Klinik Pos Brooke.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku ketika ibu mangsa yang berusia 32 tahun memandu kereta dari arah Tanah Rata, Cameron Highlands menghala ke Kengkong Pos Brooke.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta itu terbabas ke dalam dalam longkang menyebabkan mangsa tercampak keluar.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan kepala di dalam longkang yang bertakung air dan kesemua mereka dibawa ke Klinik Pos Brooke untuk rawatan awal.

"Ketika menerima rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2022 @ 8:26 AM