Nurshafika Suhaimi

Petaling Jaya: Platform penstriman Media Prima, tonton akan menyiarkan anugerah muzik paling berprestij, Anugerah Grammy ke-64 secara HD secara langsung dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, pada 4 April 2022, jam 8.00 pagi waktu Malaysia.

Dihoskan oleh Trevor Noah daripada "The Daily Show", penonton akan dihiburkan dengan persembahan artis yang tercalon dalam anugerah ini antaranya BTS, Brandi Carlile, Billie Eilish, Lil Nas X bersama Jack Harlow, dan Olivia Rodrigo sepanjang acara berlangsung.

Pernah memenangi 12 Anugerah Grammy, Foo Fighters tahun ini tercalon dalam tiga kategori iaitu Best Rock Performance ("Making A Fire"), Best Rock Song ("Waiting On A War"), dan Best Rock Album (Medicine At Midnight).

Sementara itu, BTS tercalon dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance untuk lagu "Butter" bersaing dengan Tony Bennett & Lady Gaga ("I Get A Kick Out Of You"), Justin Bieber & Benny Blanco ("Lonely), Coldplay ("Higher Power"), dan Doja Cat Featuring SZA ("Kiss Me More").

H.E.R. yang pernah memenangi empat kali Anugerah Grammy sebelum ini, tercalon juga dalam lapan kategori untuk tahun ini menerusi Album Of The Year (Back Of My Mind), Song Of The Year ("Fight For You"), Best R&B Performance ("Damage"), Best Traditional R&B Performance ("Fight For You"), Best R&B Song ("Damage"), Best R&B Album (Back Of My Mind), Best Contemporary Christian Music Performance/Song ("Hold Us Together (Hope Mix)") bersama Tauren Wells, dan Best Song Written For Visual Media ("Fight For You [From Judas And The Black Messiah]").

Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Anugerah Grammy ke-64 secara HD LIVE pada 4 April menerusi www.tonton.com.my pada jam 8.00 pagi dan siaran tertunda di 8TV pada jam 1.00 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2022 @ 2:46 PM