VIDEO tular memaparkan aksi lelaki menunggang motosikal secara berbahaya. FOTO IHSAN PEMBACA
VIDEO tular memaparkan aksi lelaki menunggang motosikal secara berbahaya. FOTO IHSAN PEMBACA
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Lakukan aksi lagak ngeri dengan berputar 360 darjah berulang kali menggunakan motosikal sebelum adegan itu dikongsi di media sosial.

Bagaimanapun aksi berbahaya penunggang motosikal yang tular di Facebook itu bukan kejadian baharu yang didakwa berlaku di Felda Serting Hilir 5 di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya melakukan siasatan susulan penyebaran video berkenaan semalam.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai dirakam pada Ogos 2021 dan ia pernah dimuat naik di laman Facebook lain sebelum ini.

Katanya, siasat polis mendapati aksi lagak ngeri itu juga bukan berlaku di tanah rancangan Felda Serting Hilir 5 tetapi dilakukan tempat lain.

"Pihak pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) FELDA Serting Hilir Lima juga mengesahkan aksi bahaya itu bukan dilakukan di tanah rancangan itu.

"Tiada kawasan lapang, tiang elektrik dan berpagar seperti terdapat dalam video ditularkan itu," katanya semalam.

Setakat ini video berkenaan sudah dikongsi sebanyak 280 kali.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2022 @ 7:08 PM