Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Ribut petir, angin kencang dan hujan lebat diramal berlaku di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.15 petang hari ini, negeri terbabit ialah Perak (Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).

Amaran sama turut dikeluarkan sehingga 5 petang bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah membabitkan kawasan pedalaman iaitu di Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan manakala di pantai barat Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 6:52 PM