GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Penumpuan angin menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan

dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)

Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan itu dijangka membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Susulan itu, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (kategori waspada) membabitkan negeri berkenaan pada 6 hingga 8 Disember ini.

"Sementara itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 6 petang, hari ini.

Menurut kenyataan itu, amaran itu membabitkan Labuan, Perlis dan Kedah di kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

"Di Perak ia membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Terengganu di Dungun dan Kemaman, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Kuantan.

"Selain itu, Selangor (Hulu Selangor dan Gombak), Johor (Segamat dan Mersing), Sarawak: Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang (Lawas) turut berdepan cuaca sama," katanya.

Katanya, di Sabah cuaca itu dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 4:28 PM