Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Parti Warisan (Warisan) mengumumkan akan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, kerusi yang akan ditandinginya adalah Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

"Warisan akan bertanding enam kerusi di PRN Johor sebagai persediaan parti bertapak di Johor, namun calon yang dikemukakan ini adalah berkelayakan dan terbaik.

"Calon Warisan adalah Hishamuddin Busri (Pekan Nanas); Sandara Segaran Arumugam (Bekok); Mohamed Noor Suleiman (Mahkota); Chen Hain Kai (Johor Jaya); Lew Ming Wen (Bukit Batu) dan Mohamed Ridza Busu (Permas)," katanya.

Beliau berkata demikian pengumuman calon Warisan bagi PRN Johor, di sini, hari ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Februari 2022 @ 12:43 PM