Rafiqah Dahali


KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijadualkan akan mengadakan sidang media hari ini pada 10 pagi bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berhubung kemelut politik yang berlaku secara mengejut sejak semalam.

Ia berikutan dakwaan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang menyatakan pihaknya memperolehi majoriti mudah untuk membentuk gabungan baharu, parti Warisan Sabah (WARISAN).

Shafie dijangka akan memberikan respon berhubung perkara terbabit.

Semalam, tinjauan mendapati beberapa orang wakil rakyat serta penyokong berkumpul di Rumah Yayasan Sabah, kediaman rasmi Shafie untuk menyatakan sokongan sejurus selepas sidang media Musa di kediamannya di Taman Fook Tin, semalam.

Antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari WARISAN yang dilihat hadir dalam sidang media oleh Musa semalam adalah Datuk Hamisah Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Datuk Bolkiah Ismail (Pitas), Datuk Masiung Banah (Kuamut), and Datuk Muis Picho (Sebatik).

Selain itu, ADUN Inanam dari PKR, Kenny Chua, seorang ADUN dilantik dari DAP, Loh Ee Eng Ronnie dan ADUN Paginatan dari UPKO, Datuk Abidin Madingkir juga turut hadir dalam sidang media itu.

Suasana di pekarangan kediaman rasmi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. FOTO MALAI ROSMAH TUAH.
Suasana di pekarangan kediaman rasmi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. FOTO MALAI ROSMAH TUAH.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 9:10 AM