GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Penunggang motosikal yang membaling spanar sehingga menyebabkan cermin sebuah kereta pecah dalam kejadian di Jalan Kuching, semalam sudah ditahan polis di tempat kerjanya petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan jam 3.30 petang di tempat kerjanya di Taman Wangsa Melawati.

"Reman akan dipohon esok dan semakan mendapati dia (suspek) tidak memiliki rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang membaling spanar sehingga menyebabkan cermin sebuah kereta pecah dalam kejadian di Jalan Kuching, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 6:04 PM