Nurshafika Suhaimi

Berat  badan berlebihan dan obesiti masalah global yang memberi kesan kepada hampir semua peringkat kitaran hayat manusia dari bayi hingga warga tua.

Perkara ini boleh menyebabkan risiko bagi beberapa penyakit tidak berjangkit kronik (NCD) seperti penyakit kardiovaskular, gangguan muskuloskeletal, sesetengah kanser, dan diabetes mellitus.

Bagi mencegahnya, setiap individu disarankan mengamalkan pemakanan sihat dan mengekalkan berat badan ideal.

Bahkan, Panduan Diet  Malaysia 2020 mengesyorkan individu memilih produk berasaskan bijirin seperti oat yang tinggi serat dan rendah lemak, gula dan garam.

Ini kerana makanan seperti bubur oat, granola atau biskut, ia padat dengan nutrien penting yang diperlukan oleh badan dan datang dengan pelbagai manfaat kesihatan.

Malah, beberapa kajian menunjukkan pengambilan snek boleh membantu menguruskan selera dan kuantiti makanan dimakan. 

Faedah bijirin penuh dan fiber

Produk berasaskan bijirin seperti biskut oatmeal dilabelkan sebagai makanan yang tinggi fiber, kaya dengan vitamin dan mineral serta kandungan lemak, gula dan garam yang rendah.

Selain itu, kandungan seratnya yang tinggi juga menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran penghadaman.

Justeru itu, pengambilan biskut oatmeal sebagai makanan harian memberikan lebih banyak manfaat pemakanan disamping mengurangkan risiko penyakit berbahaya.

Cookies Oatmeal sihat

Image

Bagi memudahkan orang ramai mengamalkan pemakanan seimbang, kedai bakeri, MyZiff Bakers memperkenalkan rangkaian Cookies Oatmeal halal mereka seperti Biskut Badam Oatmeal, Biskut Coklat Oatmeal dan Biskut Buah Oatmeal.

Apa yang menarik adalah kedai ini menggunakan 100 peratus bahan semula jadi, tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan, serta tanpa telur untuk membakar biskut oat mereka.

Bagi mereka yang  vegetarian, mereka boleh nikmati Oatmeal Cookies ini tanpa perlu bimbang tentang kesihatan.

Dengan tambahan Almond, buah-buahan dan sesuai untuk semua peringkat umur yang berfungsi sebagai snek sihat untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Untuk dapatkan snek sihat dan lazat ini, anda boleh layari Facebook dan Instagram MyZiff Bakers.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Februari 2022 @ 4:01 PM