MAHDZIR (tiga, kiri) menyampaikan geran kepada wakil
MAHDZIR (tiga, kiri) menyampaikan geran kepada wakil
Mary Victoria Dass

Kota Tinggi: Sebanyak 23 kediaman mangsa banjir dibaik pulih selain sebuah rumah baharu dibina di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia negeri Johor 2022 membabitkan kos RM401,000.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mengikut pecahan kos seunit rumah yang dibaik pulih adalah antara RM5,000 hingga RM15,000 atau keseluruhan RM345,000 manakala kos bagi pembinaan seunit rumah baharu pula adalah RM56,000.

Menurutnya, kerja membaik pulih dan pembinaan rumah yang terkesan akibat banjir di sekitar Kluang, Johor dilaksanakan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menerusi inisiatif berkenaan.

"Kementerian Pembangunan Luar Bandar melantik KEJORA sebagai agensi pelaksana dan pembayar bagi pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia Tahun 2022.

"Ia memanfaatkan seramai 210 isi rumah," katanya.

Beliau berkata demikian ke sempena Lawatan Kerja ke wilayah KEJORA di Dewan KEJORA di Bandar Penawar di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Februari 2022 @ 7:26 PM