Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Majlis serah tugas disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Kamarul Zaman menggalas tugas sebagai Ketua Polis Kedah selama tujuh bulan sejak 8 Jun tahun lalu dan akan menjawat tugas sebagai Ketua Polis Johor bermula minggu depan.

Wan Hassan, 55, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Intergriti) Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

Wan Hassan turut dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Polis hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari dan Ketua Jabatan dan pegawai di IPK Kedah.

Dalam pada itu, Razarudin berharap Wan Hassan dapat memikul tugas baru itu untuk mentadbir negeri ini menggantikan Kamarul Zaman.

RAZARUDIN (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa kepada Wan Hassan (kanan) daripada Kamarul Zaman (kiri). FOTO Luqman Hakim Zubir
RAZARUDIN (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa kepada Wan Hassan (kanan) daripada Kamarul Zaman (kiri). FOTO Luqman Hakim Zubir

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 12:24 PM