DATUK Kamarul Zaman Mamat (kanan) menerima jawatan daripada Datuk Hasanuddin Hassan yang akan bersara esok dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah yang disaksikan Datuk Zamri Yahya di IPK Kedah. FOTO ihsan PDRM

Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Hasanuddin Hassan yang bersara wajib esok.

Serah tugas itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya.

Hasanuddin sebelum ini dilantik sebagai Ketua Polis Kedah pada 5 Ogos 2020 dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kelantan sebelum itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 6:32 PM