KEADAAN lori yang terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 345.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara. FOTO Ihsan PDRM.
KEADAAN lori yang terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 345.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara. FOTO Ihsan PDRM.
Rosman Shamsudin


Tapah: Pemandu lori dan bas ekspres patah kaki manakala lima penumpang bas dalam kemalangan di Kilometer (KM) 345.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, malam tadi.

Dalam kejadian pada 11.10 malam itu, mangsa adalah pemandu bas V. Vegadishwaran, 35, dan pemandu lori, L Mathan, 39.

Sementara, kelindan lori berusia 16 tahun cedera ringan manakala seorang lagi kelindan berusia 19 tahun mengalami trauma.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku kira-kira 11.10 malam membabitkan sebuah bas ekspres dengan lori muatan sayur.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori yang sarat membawa muatan sayur terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di lorong kanan lebuh raya terbabit.

"Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah bas ekspres melanggar lori muatan sayur terbabit lalu terbabas dan melanggar serta naik di atas pembahagi tengah jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, akibat kejadian terbabit, Vegadishwaran dan Mathan patah kaki, manakala lima penumpang bas masing-masing berusia antara 25 hingga 32 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Akibat kejadian itu, bas ekspres mengalami kerosakan teruk di bahagian depan manakala lori rosak keseluruhan.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan dan tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita berkaitan:

  • Lori rempuh bas, 5 terselamat
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 1:39 PM