HOSPITAL Pulau Pinang
HOSPITAL Pulau Pinang
BERNAMA

Georgetown: Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari ahli keluarga atau waris seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru atau pneumonia di hospital itu pada 12 Disemberlalu.

Timbalan Pengarah Perubatan HPP Dr Ibrahim Tahir N. Anwar berkata, si mati dikenali sebagai Leong Lung Seng, 82, dan beralamat di 5-14-07 Lengkuk Angsana Bandar Baru, Ayer Itam di sini.

"Lelaki warga emas itu meninggal dunia pada 4.34 petang 12 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru selepas dijangkiti Covid-19.

"... mayatnya ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HPP kerana tidak dituntut oleh ahli keluarga atau waris," menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ahli keluarga atau waris lelaki itu diminta menghubungi Jabatan Forensik HPP di talian 04-222 5098 bagi urusan pengebumian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 6:31 PM