DR RADZI JIDIN
DR RADZI JIDIN
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Siasatan awal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan video tular membabitkan kes buli didapati tidak membabitkan institusi di bawah KPM.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM sudah berhubung dengan pihak yang terbabit dan dimaklumkan tindakan susulan sudah diambil.

"Berkaitan video tular, siasatan awal mendapati ia tidak melibatkan institusi bawah KPM.

"KPM komited menyediakan persekitaran sekolah yang selaras dengan konsep #sekolahkuSejahtera," katanya pada kenyataan di laman sosial Twitternya.

Harian Metro hari ini melaporkan, pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di Perak menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lain sehingga tular di media sosial.

Menerusi beberapa klip video yang tular itu, dapat dilihat kumpulan pelajar terbabit mengepung mangsa dan menumbuk perutnya sambil tertawa sesama mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 4:59 PM