HISHAMMUDDIN bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM  bergambar bersama pegawai dan anggota tentera pada program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Pertama Pentadbiran Peringkat Kementerian Pertahanan di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.  FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Perancangan pasca 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kementerian Pertahanan dilaksanakan semalam bagi mengkaji dasar dan inisiatif menerusi Pelan Tindakan 2022.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, setiap cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai perancangan jangka panjang yang khusus.

KEUPAYAAN aset dan anggota ATM bagi menjaga kedaulatan negara sentiasa diberi keutamaan dalam perancangan Mindef. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
KEUPAYAAN aset dan anggota ATM bagi menjaga kedaulatan negara sentiasa diberi keutamaan dalam perancangan Mindef. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

"Keupayaan kementerian dan ATM menjayakan perancangan 100 hari ini amat baik namun kita tidak boleh cepat berpuas hati. Kementerian Pertahanan sebuah kementerian yang besar.

"Ia mempunyai 120,000 anggota tetap, 51,000 anggota simpanan, 10,500 warga awam, 270,000 anak anggota, 204,020 veteran ATM berdaftar, 38 sekolah dan lima hospital ATM selain kira-kira 30 juta rakyat serta sebuah negara berdaulat yang perlu dijaga keselamatan dan keamanannya.

"Sebab itu, pagi ini (semalam) saya ingin maklumkan bahawa biarpun hari ini kita bercakap mengenai pencapaian 100 hari dan tanpa melengahkan masa, esok akan memulakan perancangan pasca 100 harinya dan Insya-Allah saya sendiri akan melihat apakah dasar dan inisiatif yang boleh dilaksanakan," katanya.

DEMONSTRASI Menyelamat Tebusan oleh gabungan Pasukan Khas ATM. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
DEMONSTRASI Menyelamat Tebusan oleh gabungan Pasukan Khas ATM. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Beliau berkata demikian berucap pada program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Pertama Pentadbiran Menteri Kanan Pertahanan di Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, kementerian akan turut memberi tumpuan terhadap perancangan jangka masa panjang melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 serta Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

HISHAMMUDDIN diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz (kiri) dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM melawat ruang pameran program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Saya yakin, dengan perancangan rapi, disiplin tinggi, struktur yang tersusun, kita boleh lakukannya. Saya beri jaminan, selagi saya Menteri Pertahanan, saya akan bersama dalam setiap langkah perjuangan kita di Kementerian Pertahanan dan ATM ini.

"Harapan saya jelas. Saya mahu momentum yang kita wujudkan dalam 100 hari ini diteruskan. Kecemerlangan Kementerian Pertahanan dan ATM tidak boleh bermusim sifatnya," katanya.

ORANG ramai mengunjungi ruang pameran pada program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. FOTO Kementerian Pertahanan Malaysia
ORANG ramai mengunjungi ruang pameran pada program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. FOTO Kementerian Pertahanan Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 7:02 AM