BERNAMA

Kuala Lumpur: Pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 kepada Ahli Parlimen yang belum menerimanya diadakan esok untuk sesi ketiga di klinik Parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1tengah hari.

"Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Datuk Dr Murugesu Raju di klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak tersebut," katanya dalam pemakluman sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen pada 2 dan 11 November lalu.

Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Oktober lalu untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 11:45 AM