TIMBALAN Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan ketika ditemui di pekarangan HSJ, awal pagi hari ini. FOTO MIKAIL ONG
TIMBALAN Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan ketika ditemui di pekarangan HSJ, awal pagi hari ini. FOTO MIKAIL ONG
Nur Izzati Mohamad


Butterworth: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan teknikal terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, di sini, malam tadi.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung nahas terbabit.

"Kita akan buat siasatan terperinci," katanya secara ringkas ketika ditemui di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, awal pagi hari ini.

Ketika ditanya mengenai keadaan mangsa, beliau enggan memberi sebarang komen buat masa ini.

Terdahulu, Mohd Asghar Khan tiba di HSJ pada 1.52 pagi dan meluangkan masa hampir 20 minit melawat mangsa yang terbabit dalam nahas itu.

Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, seorang juruterbang maut manakala seorang cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.

Juruterbang yang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di HSJ dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.

Sebelum kejadian, kedua-dua juruterbang berkenaan dikatakan sedang melakukan latihan penerbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 November 2021 @ 3:11 AM