DATUK Seri Hajiji Noor (dua kiri) bersama Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Omar Raisul As Salam (kiri) ketika melancarkan aplikasi E-Jariah Sabah. FOTO Mohd Adam Arinin
DATUK Seri Hajiji Noor (dua kiri) bersama Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Omar Raisul As Salam (kiri) ketika melancarkan aplikasi E-Jariah Sabah. FOTO Mohd Adam Arinin
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 279 mangsa daripada 74 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 4 petang ini yang menurun berbanding 290 mangsa daripada 77 keluarga yang dicatatkan pada jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, setakat ini dua PPS beroperasi di Kubang Pasu manakala dua lagi di daerah Pendang.

Beliau berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di daerah Kubang Pasu menempatkan seramai 21 mangsa daripada empat keluarga.

"PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tradisi Lembah Keriang pula masih kekal menempatkan seramai 85 mangsa daripada 24 keluarga.

"Jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah seramai 106 mangsa daripada 28 keluarga yang dipindahkan di dua PPS itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata, selain itu dua PPS di Pendang iaitu di Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah pula menurun kepada 119 mangsa daripada 28 keluarga.

Beliau berkata, jumlah itu berbeza berbanding jam 12 tengahari tadi seramai 135 mangsa daripada 33 keluarga.

"PPS di Dewan Cenderawasih pula kekal seramai 54 mangsa daripada 18 keluarga.

"Berikutan itu, jumlah mangsa banjir di Pendang adalah seramai 173 mangsa 46 keluarga, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 November 2021 @ 5:22 PM