KEDIAMAN dinaiki air. FOTO Ihsan Pembaca
KEDIAMAN dinaiki air. FOTO Ihsan Pembaca
Nurul Amanina Suhaini


Kota Tinggi: Beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air, berikutan hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata, ia menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Kampung Lukut, selain laluan di Kilometer 62 Jalan Johor Bahru-Mersing.

"Sehingga jam 7 malam, air mulai surut dan tidak menjejaskan kawasan perumahan penduduk kampung.

"Kawasan yang dinaiki air membabitkan jalan utama dan sekitar halaman rumah, bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

"Jalan yang dinaiki air masih boleh dilalui kenderaan ringan pada sebelah jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, pemantauan dilakukan di kawasan meliputi Kampung Mawai Lama, Sungai Semalok, di Mawai Lama dan Jalan Kota Tinggi - Mersing.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 November 2021 @ 10:07 PM