Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Sejumlah 228 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 139 kes daripadanya adalah kematian tertunggak.

Menurut laporan COVIDNOW, hanya 89 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara cecah 25,159.

Sejumlah 36 kes pula dilapor sebagai kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) yang membawa kepada jumlah 4,923 kes BID keseluruhannya.

Laporan itu merekod 78 kematian di Lembah Klang dan paling tinggi, merangkumi Selangor (75) dan Kuala Lumpur (3).

Ia diikuti Johor 56 kematian, Sabah (19), Kelantan (18), Kedah (15), Perak (14), Sarawak (9), Pulau Pinang (8), dan masing-masing empat kematian di Melaka dan Terengganu dan Pahang (3).

Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis pula tidak menambah rekod kematian.

Sementara itu, negara masih merekod 191,434 kes aktif Covid-19, yang mana 161,889 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala 18,589 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 dan hospital (9,886 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 9:22 AM