SOO SENG Chee, dikehendaki PDRM.
SOO SENG Chee, dikehendaki PDRM.
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki yang dikehendaki hadir bagi pertuduhan kes penipuan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya sedang mengesan Soo Seng Chee berusia 64 tahun.

"Orang ramai yang menpunyai maklumat berhubung individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Nazatul Azwa Mustafa di talian 019-4000368 atau 03-26101149.

"Individu berkenaan dikehendaki bersabit waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada 10 Februari lalu berikutan kegagalannya untuk hadir pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

⁃ ends

Keterangan gambar:

1. SOO SENG Chee, 64, dikesan PDRM yang dikehendaki hadir bagi pertuduhan kes penipuan.

From: No'Rule

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 9:29 PM