Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis melupuskan komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian, cakera padat video (VCD), cakera padat digital (DVD) dan mesin penyalin yang dirampas dalam serbuan sepanjang 2017 hingga pertengahan Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sebanyak 133 kertas siasatan membabitkan kes perjudian dibuka sepanjang tempoh berkenaan.

"Kertas siasatan kes perjudian dibuka mengikut Seksyen 4B(a), Seksyen 4A(a), Seksyen 9(1) dan Sekyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Jumlah rampasan sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 886 set pelbagai peralatan perjudian komputer," katanya ketika ditemui di Stor Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

"Dalam kes itu, sebanyak 23 mesin cd burner (mesin penyalin) dan 85,838 VCD serta DVD cetak rompak dirampas.

"Semua peralatan perjudian, VCD dan DVD yang dirampas sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM640,690," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 3:05 PM
Beh Eng Lai mematau proses pelupusan barang-barang rampasan pada majlis pelupusan barang kes di Stor barang kes IPD Sentul. FOTO ASWADI ALIAS
Beh Eng Lai mematau proses pelupusan barang-barang rampasan pada majlis pelupusan barang kes di Stor barang kes IPD Sentul. FOTO ASWADI ALIAS