MAHYUDIN menunjukkan sejumlah besar DVD dan VCD yang dirampas.
MAHYUDIN menunjukkan sejumlah besar DVD dan VCD yang dirampas.
Oleh Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Polis merampas sebanyak 76,954 keping cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) dirampas dalam tiga serbuan berasingan dalam Ops Cenderawasih di sekitar bandaraya ini, Jumaat lalu.

Dalam operasi yang bermula 3.30 petang itu turut menahan sembilan suspek berusia dalam lingkungan 20-an.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah, Mohd Mahyudin Abdullah berkata, dengan rampasan ini, polis percaya rampasan ini dapat menumpaskan rangkaian penjualan dan pengedaran VCD dan DVD untuk bandar raya ini.

"Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM384, 000 mengikut harga pasaran gelap.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 (4) Akta Penapisan Filem 2002," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 3:26 PM