GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Lapan lagi lokaliti di Sabah, Terengganu dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Selasa hingga 23 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, PKPD di Sabah membabitkan enam lokaliti iaitu tiga di Tawau membabitkan Blok 11 Kampung Titingan; Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan Kampung Rawa-Rawa Batu 4.

Menurutnya, dua lagi di kawasan Perumahan Ladang di Kalabakan, Sabah iaitu Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan dan Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo serta satu di Kota Kinabalu iaitu Kampung Padas.

"PKPD di Terangganu pula adalah di Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu manakala di Kelantan Kampung Baru Pupoh, Pasir Puteh.

"Sementara itu, empat lagi lokaliti disambung PKPD bermula esok sehingga 23 Ogos ini iaitu dua di Kelantan membabitkan Kampung Bukit Merbau, Bukit Jawa Pasir Puteh dan Kampung Banggol Pak Esah, Bukit Abal, Pasir Puteh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, masing-masing satu lokaliti PKPD yang disambung adalah di Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 6:26 PM