POLIS mengangkat mayat mangsa. FOTO ihsan pembaca
POLIS mengangkat mayat mangsa. FOTO ihsan pembaca
Nor Amalina Alias


Pasir Puteh: Lelaki ditemukan meninggal dunia dengan kepala berlumuran darah di rumah di Kampung Chengal Batu, di sini, 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi berkata, penemuan mangsa dimaklumkan pemilik rumah berkenaan.

Katanya, setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.

"Hasil pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati mayat mempunyai kesan kecederaan pada bahagian kepala.

"Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat kejadian sebenar menimpa mangsa," katanya.

Mohd Azmir berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Katanya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Sekiranya terdapat unsur lain selepas bedah siasat, kita akan membuka kertas siasatan di bawah seksyen terbabit dan menunggu hasil laporan bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 12:47 PM