GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Omar Ahmad


Kulai: Sekumpulan lelaki yang berjudi laga ayam ditahan dalam serbuan di ladang kelapa sawit, Kampung Baru Senai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian 4.40 petang itu, 20 lelaki berusia dalam lingkungan 22 hingga 62 tahun ditahan.

Katanya, serbuan dilakukan hasil Ops Judi Laga Ayam yang dijalankan sepasukan polis dan pegawai dari bahagian siasatan jenayah IPD Kulai.

"Apabila sampai di lokasi, terdapat sekumpulan orang sedang berkumpul dan bersorak di bawah khemah disyaki sedang melakukan aktiviti perjudian.

"Dalam serbuan itu beberapa barangan berkaitan aktiviti perjudian laga ayam termasuk 11 ayam hidup, lapan ayam sudah mati berserta wang tunai RM29,965 dirampas.

"Kesemua suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 28 Julai," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Sekyen 3 (1) Langkah- langkah pencegahan dan penganiayaan terhadap binatang 1952 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Turut disiasat dibawah Peraturan 17 (1) peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 4:16 PM