Gambar hiasan
Gambar hiasan
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Seorang jurubahasa wanita kerugian RM10,000 diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai bank.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 42 tahun menerima panggilan daripada suspek pada 13 Julai lalu ketika berada di rumahnya di sini.

Menurutnya, berdasarkan laporan, suspek memaklumkan kredit milik mangsa digunakan untuk pembelian di Shopee tetapi mangsa menafikan melakukan transaksi itu.

"Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang pegawai kononnya dari Bank Negara Malaysia dan meminta butiran peribadi milik mangsa, termasuk maklumat akaun bank.

"Mangsa kemudian memberikan nombor kod pengesahan transaksi perbankan kepada suspek sebelum mendapati wang sebanyak RM10,000 lesap daripada akan banknya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

.

Katanya, mangsa yang menyedari dirinya ditipu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Bentong.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 3:20 PM