Norzamira Che Noh


Shah Alam: Eksekutif sebuah pasar raya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan kontrak pembersihan sejak 2018 hingga tahun ini.

Perintah reman sehingga 28 Jun itu dikeluarkan Majistret A Karthiyayini selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini.

SUSPEK ketika hadir di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini untuk permohonan reman. FOTO Faiz Anuar.
SUSPEK ketika hadir di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini untuk permohonan reman. FOTO Faiz Anuar.

Terdahulu, wanita berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.40 pagi diiringi pegawai SPRM.

Dia yang berusia 43 tahun itu ditahan pada 3.20 petang semalam di pejabat SPRM Selangor, didakwa meminta dan menerima wang suapan secara bulanan berjumlah RM39,000 daripada beberapa syarikat bagi kerja pembersihan.

Menurut sumber, bayaran itu sebagai balasan bagi memastikan syarikat terbabit terus mendapat kontrak kerja pembersihan di syarikatnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 11:54 AM