GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Majlis akad nikah di Kelantan hanya boleh dihadiri enam individu termasuk pengantin sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain pengantin, mereka yang lain adalah jurunikah, seorang wali dan dua orang saksi.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan tidak melebihi satu jam.

Ia boleh dilakukan di premis persendirian, masjid atau surau dengan pematuhan operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Penganjuran majlis perkahwinan dan pertunangan serta majlis resepsi tidak dibenarkan," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Che Mohd Rahim berkata, sepanjang tempoh PKP juga, semua kursus pra perkahwinan perlu dijalankan menerusi atas talian.

"Perkhidmatan khidmat nasihat atau runding cara juga hanya dijalankan secara atas talian.

"Sebarang arahan atau peraturan tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 4:36 PM