DUA lelaki yang ditahan dalam Op Mabuk dijalankan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Melaka Tengah, awal pagi hari ini. IHSAN PDRM
DUA lelaki yang ditahan dalam Op Mabuk dijalankan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Melaka Tengah, awal pagi hari ini. IHSAN PDRM
Nuraliawati Sabri


Melaka: Masih ramai yang engkar dengan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk di negeri ini.

Terbaru dua lelaki berusia 30 dan 46 tahun diberkas anggota polis Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Melaka Tengah melalui operasi Operasi Op Mabuk awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 46 tahun yang memandu kereta Toyota Camry dalam perjalanan dari arah Jalan Limbongan menghala ke Klebang manakala lelaki berusia 30 tahun pula dari arah Jalan Limbongan menghala ke Pokok Mangga di sini.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

"Mereka kemudian dibawa ke pejabat BSPT Melaka Tengah untuk ujian pernafasan kali kedua," katanya.

Beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Sejak Januari hingga April lalu, sebanyak 31 tangkapan dibuat pihak membabitkan pemandu mabuk dan 21 kes sudah dituduh di mahkamah.

"BSPT Melaka Tengah akan terus melakukan operasi terancang dalam usaha menjalankan penguatkuasaan terhadap pesalah trafik sekaligus dapat mengurangkan kes kemalangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 5:41 PM