GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 terus konsisten empat angka dengan 2,733 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam dengan 13 kematian direkodkan sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 398,451 kes manakala kes kematian sebanyak 1,462 kes.

Menurutnya, sehingga kini kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 25,414 kes.

"Seramai 294 pesakit masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 138 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Selangor terus kekal merekodkan kes positif tertinggi hari ini dengan 750 kes diikuti Kelantan dengan 484 kes.

Katanya, negeri lain juga terus merekodkan pertambahan kes namun Labuan tiada kes baharu direkodkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 6:05 PM