Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 terus menurun dengan 19,740 kes direkodkan hari ini berbanding 20,546 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan sebanyak 1,424,639 kes.

Menurutnya, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 5,706 diikuti Sabah dengan 1,728 kes.

"Sebanyak 1,360 kes direkodkan di Kuala Lumpur manakala Johor (1,510 kes), Sarawak (1,566 kes), Negeri Sembilan (343 kes) dan Kedah (1,592 kes).

"Pulau Pinang pula mencatatkan 1,251 kes, Kelantan (1,227 kes), Perak (938 kes), Melaka (1,120 kes), Pahang (646 kes) dan Terengganu (688 kes)," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Labuan pula merekodkan dua kes, Putrajaya (43 kes) dan Perlis (20 kes).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 3:42 PM