SEBANYAK 14 kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel mengecat kereta, malam tadi. FOTO ihsan bomba
SEBANYAK 14 kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel mengecat kereta, malam tadi. FOTO ihsan bomba
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Sebanyak 14 kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel mengecat kereta di Pengkalan 1, Pasir Puteh, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.30 malam sebelum anggota bergegas ke lokasi berkenaan.

"Sebuah jentera dengan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dan dibantu 20 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Menglembu dan Pasir Pinji digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah bengkel mengecat cat kereta yang musnah sepenuhnya manakala 14 kenderaan pelbagai model termasuk sebuah motosikal turut musnah," katanya.

Menurutnya, mereka menggunakan dua aliran dan tiga pancutan bersumberkan air daripada pili bomba sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

Katanya, tiada mangsa terbabit dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.52 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 11:06 AM