POLIS menumpaskan sindiket pengedaran rokok yang aktif di Pulau Pinang dengan penahanan dua lelaki dan merampas rokok tidak bercukai bernilai RM855,000 semalam. FOTO IHSAN PDRM
POLIS menumpaskan sindiket pengedaran rokok yang aktif di Pulau Pinang dengan penahanan dua lelaki dan merampas rokok tidak bercukai bernilai RM855,000 semalam. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup berikutan penahanan dua lelaki dan rampasan rokok tidak bercukai bernilai RM855,000 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Pasukan Gerakan Khas (PGK) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff berkata, pihaknya melancarkan serbuan Op Kontraban selepas menerima maklumat berhubung kegiatan itu.

Menurutnya, dalam operasi itu, polis berjaya menahan dua lelaki berusia 34 dan 74 tahun untuk siasatan lanjut.

"Hasil serbuan itu, polis turut merampas 1,140,000 batang rokok tidak bercukai bernilai RM855,000.

"Suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1976," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 April 2021 @ 5:24 PM