Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Ignatius Ong (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TNG Effendy Shahul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Utama Munirah Khairuddin ketika melancarkan perkhidmatan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Ignatius Ong (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TNG Effendy Shahul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Utama Munirah Khairuddin ketika melancarkan perkhidmatan berkenaan.
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Perkhidmatan GO+ yang diperkenalkan awal minggu lalu menawarkan peluang pengguna untuk mendapatkan 'cash-out'.

Menerusi ciri khusus berkenaan, pengguna Touch 'n Go eWallet boleh menikmati pulangan yang dikreditkan setiap hari dengan kaedah mudah dan senang daripada baki akaun GO+.

Fungsi nilai tambah untuk kegunaan yang lebih besar membolehkan baki GO+ digunakan untuk semua penggunaan pembayaran eWallet.

Minggu lalu, Touch 'n Go (TNG) Group memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu GO+ dan mensasarkan kira-kira satu juta individu untuk akaun perkhidmatan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TNG Effendy Shahul Hamid berkata, pelancaran GO+ adalah langkah pertama syarikat TNG bergerak ke arah servis pendigitalan kewangan.

"GO+ diperkenalkan untuk mengatasi masalah utama pengguna, mempromosikan penyertaan kewangan serta menekankan penggunaan data dan teknologi bagi memberikan produk yang bernilai tinggi kepada pengguna," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 3:23 PM