ROSLEE ditemu bual pemberita pada sambutan Peringatan Hari Polis ke-214, yang diraikan dalam keadaan norma baharu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini. FOTOBERNAMA
ROSLEE ditemu bual pemberita pada sambutan Peringatan Hari Polis ke-214, yang diraikan dalam keadaan norma baharu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini. FOTOBERNAMA
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Polis sudah mengenal pasti suspek yang mengacukan senapang angin ketika menyamun seorang pengusaha taska di Hulu Terengganu, kelmarin.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata, lelaki berusia 40-an itu yang juga penagih dadah dipercayai masih berada di daerah Hulu Terengganu.

"Kita akan siasat sekiranya dia ada terbabit dengan jenayah lain. Kita juga percaya senapang angin digunakan suspek dalam kejadian itu adalah buatan sendiri," katanya.

Roslee berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke 214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pengusaha taska bersama anak dan cucu serta empat kanak-kanak jagaannya berdepan detik cemas apabila seorang lelaki bersenjatakan senapang angin memasuki premis itu untuk menyamun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Khatijah Ali, 58, menanggung kerugian hampir RM8,000 apabila beg tangan mangsa mengandungi duit yuran taska sebanyak RM4, 000 dan barangan kemas dilarikan suspek yang memakai topi keledar.

Berita berkaitan

Cemas diacu senapang angin [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 1:46 PM