Hazira Ahmad Zaidi

Bachok: Selepas empat jam tertangguh, jenazah Che Azhar Che Lah akhirnya selamat disemadikan pada 3 petang hari ini.

Adik arwah, Cik Siti Aishah, 42, berkata, keluarganya bersyukur pengebumian arwah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh beberapa jam selepas dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.

"Kami sekeluarga juga berterima kasih kepada semua pihak termasuk anggota polis, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat serta penduduk sekitar kerana membantu mengurus jenazah abang.

"Meskipun kehilangan arwah dalam sekelip mata, namun kami reda dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Serdang Muda, Pak Badol di sini, hari ini.

Terdahulu, jenazah Che Azhar, 51, yang sepatutnya dikebumikan pada jam 11 pagi terpaksa ditangguhkan dan perlu dihantar ke hospital selepas punca kematian mengelirukan.

JENAZAH Che Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serdang Muda, Pak Badol. FOTO Hazira Ahmad Zaid
JENAZAH Che Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serdang Muda, Pak Badol. FOTO Hazira Ahmad Zaid

Berita berkaitan

Jenazah dibawa pulang semula dari kubur [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mac 2021 @ 4:44 PM