HAROL Budiman Abu Bakar bersama Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Di Raja, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikeluarkan 35 tahun lalu. FOTO Mohd Rafi Mamat
HAROL Budiman Abu Bakar bersama Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Di Raja, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikeluarkan 35 tahun lalu. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: "Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Diraja, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi kenangan paling bererti buat saya," kata Hairol Budiman Abu Bakar, 50.

Menurutnya, buku berkenaan adalah pemberian kerabat Di Raja Pahang dan dia menyimpannya sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Katanya, buku berkenaan bukan sahaja memaparkan gambar majlis perkahwinan tetapi turut memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ketika zaman kanak-kanak dan remaja.

"Sebagai 'anak Pekan' saya masih ingat detik majlis perkahwinan Di Raja pada 1986 yang berlangsung dalam suasana begitu meriah dan diadakan selama seminggu.

"Pelbagai acara diadakan di Istana Abu Bakar dan padang awam yang disaksikan tetamu jemputan termasuk ribuan rakyat jelata.

"Walaupun tidak berpeluang menghadiri upacara itu ke sekolah, namun melalui cerita penduduk kampung kemeriahan begitu terasa, hari bersejarah itu menceriakan bandar Pekan.

"Perkhidmatan bas disediakan sehingga jam 12 malam bagi memberi peluang kepada rakyat menyaksikan pelbagai program yang diadakan," katanya ketika ditemui di sini.

Semalam adalah ulang tahun perkahwinan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah yang ke-35.

Hairol Budiman berkata, sebagai pengumpul dan penjual barangan antik, dia turut memiliki piring yang dijadikan cenderahati majlis perkahwinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 2:48 PM