PESAWAT APMM menggugurkan 60,000 liter air bagi membantu memadam kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. FOTO  ihsan APMM
PESAWAT APMM menggugurkan 60,000 liter air bagi membantu memadam kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. FOTO ihsan APMM
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Pesawat Bombardier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus melakukan 'pengeboman air' bagi membantu memadam kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pada hari kedua, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, 60,000 liter 'bom air' digugurkan oleh pesawat itu pagi ini.

"Pesawat amfibia ini diatur gerak atas keperluan yang kritikal dan sangat diperlukan bagi membantu memadam kebakaran di kawasan terbabit berikutan kesukaran laluan untuk diakses melalui jalan darat.

"Operasi pemadaman bermula jam 9.20 pagi tadi dengan sumber air bagi

pemadaman diambil dari perairan Tanjung Sepat.

Bahagian Operasi Udara (BOU) menghantar dua pasukan terdiri daripada juruterbang dan anak kapal bagi menyertai operasi pemadaman kebakaran itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zubil berkata, dua sesi penerbangan dijalankan hari ini, satu pada sebelah pagi, manakala satu lagi pada sebelah petang.

"Pada sesi pagi tadi, 60,000 liter air digugurkan dengan 10 kali sedutan (water scooping) dilakukan bagi memadamkan kebakaran.

"Pemerhatian mendapati, kura-kira hampir 90 peratus kawasan yang ditugaskan kepada Maritim Malaysia berjaya dipadamkan.

"Pesawat yang diterbangkan oleh Leftenan Komander Maritim Yusni Sari bersama empat anak kapal itu, berlepas dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) 9.20 pagi dan operasi pemadaman mengambil masa hampir dua jam," katanya.

Berita berkaitan:

  • 40 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan terbakar
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 1:41 PM