PETIKAN rakaman video menunjukkan beberapa lelaki dikatakan dikompaun ketika bermain bola di sebuah padang di Batu Caves, di sini, kelmarin, tular di media sosial, hari ini.
PETIKAN rakaman video menunjukkan beberapa lelaki dikatakan dikompaun ketika bermain bola di sebuah padang di Batu Caves, di sini, kelmarin, tular di media sosial, hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


Gombak: Tindakan sekumpulan lelaki bermain bola di padang di Batu Caves, di sini, mengundang padah apabila mereka dikenakan kompaun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya mengenakan tindakan kompaun terhadap 10 individu berusia 20 hingga 27 tahun dalam kejadian 6.40 petang.

"Kompaun itu dikeluarkan kerana mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu tiada penjarakan fizikal," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi empat saat menunjukkan beberapa lelaki dikatakan dikompaun ketika bermain bola di padang di Batu Caves, di sini, kelmarin, tular di media sosial, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 5:21 PM