GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Melvin Joni


Kuching: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) akur dengan keputusan penangguhan sesi persekolahan bagi sembilan daerah di negeri ini.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, pihaknya menyokong penangguhan ini atas dasar keselamatan kesihatan warga sekolah yang terbabit khususnya guru, murid dan juga staf lain di samping sebagai usaha mengekang penularan Covid-19.

"KGBS berharap ibu bapa, penjaga murid-murid di sekolah-sekolah terbabit turut menerima penangguhan ini dengan tenang dan sabar," katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menangguhkan sesi persekolan di sembilan daerah negeri ini.

Penangguhan dibuat selama dua minggu berkuat kuasa 1 hingga 14 Mac, membabitkan daerah Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, KGBS yakin guru-guru di sekolah-sekolah berkenaan tetap bersedia dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebagai medium utama dalam mendepani isu penangguhan sesi persekolahan ini.

"KGBS percaya guru-guru di sekolah berkenaan dapat menemui kaedah PdPR yang sesuai dengan lokasi masing-masing," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 2:21 PM