TIMBALAN Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya (dua dari kanan) bertanya sesuatu kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama pengetua SMJKC Yoke Kuan, Siah Pang Woon (kiri) ketika melakukan tinjauan di sekolah itu, hari ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
TIMBALAN Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya (dua dari kanan) bertanya sesuatu kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama pengetua SMJKC Yoke Kuan, Siah Pang Woon (kiri) ketika melakukan tinjauan di sekolah itu, hari ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Amirul Aiman Hamsuddin


Sekinchan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung golongan pendidik menjadi penerima vaksin fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya berkata, keutamaan pemberian vaksin kepada golongan pendidik berikutan mereka turut berisiko tinggi.

"Perkara (pemberian vaksin) ini akan dibincangkan dengan kedua-dua kementerian (KPM dan MOSTI).

"Kemungkinan sasaran permulaan diberikan kepada guru yang berisiko tinggi," katanya, hari ini.

Muslimin ditemui pada sidang media selepas melakukan tinjauan persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Yoke Kuan, di sini.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memaklumkan, selepas ketibaan kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelbagai pihak termasuk golongan pendidik untuk memperoleh vaksin menerusi fasa pertama, berikutan sekolah yang akan dibuka semula pada 1 Mac ini.


  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2021 @ 12:42 PM