DATUK Seri Dr Adham Baba. FOTO arkib NSTP
DATUK Seri Dr Adham Baba. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang pembantu pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani cedera selepas terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dinaikinya merempuh batu pengadang jalan dekat Jambatan Kuala Lesung, Kuala Ketil.

Berita menimpa Mohd Asri Jamil, 43, itu dikongsikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu status Facebook rasminya pagi tadi.

Dr Adham berkata, Mohd Asri yang dalam perjalanan dari arah Felda Teloi Kanan menghala ke arah Sungai Petani mengalami kecederaan dilututnya dalam kemalangan itu.

"Mohd Asri selamat menjalani pembedahan dan sedang dirawat di hospital. Pihak pejabat Menteri Kesihatan sudah menziarahi Mohd Asri, saya dan seluruh warga KKM mendoakan kesihatan dan kesembuhan yang sempurna buat En Mohd Asri," katanya.

Dr Adham juga memberi kata-kata semangat kepada barisan hadapan KKM dalam terus menjalankan tugas yang penuh dugaan dan cabaran terutama dalam situasi pandemik Covid-19 kini.

"Bersabar dan bertabahlah, moga Allah SWT memberkati usaha murni kita selama ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 3:23 PM