Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Teluk Batik, di sini semalam, ditemui lemas hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Teluk Batik, di sini semalam, ditemui lemas hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Teluk Batik di sini, semalam ditemui lemas hari ini.

Mayat, S Sukumaran, 51, ditemukan nelayan di perairan Pulau Pangkor pada 2.20 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung Shuib Idris berkata, mayatnya ditemukan kira-kira 2.7 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hilang.

"Penemuan mayat mangsa dimaklumkan nelayan sebelum sepasukan anggota bomba ke lokasi itu untuk tindakan lanjut.

"Anggota bomba kemudiannya membawa mayat mangsa dengan bot ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Teluk Batik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shuib berkata, mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada 3.36 petang.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang ketika mandi bersendirian di pantai berkenaan.

Ada saksi yang melihat mangsa meminta tolong di tengah laut dan pihak polis yang ke lokasi selepas menerima maklumat itu kemudiannya menemui telefon bimbit serta dompet mangsa di darat.

Berita berkaitan

  • Lelaki dikhuatiri lemas di Teluk Batik
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 4:49 PM