Burung kakak tua antara yang dirampas dalam serbuan itu. FOTO ihsan Norsyazwani Nasri
Burung kakak tua antara yang dirampas dalam serbuan itu. FOTO ihsan Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


Kuching: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) merampas hidupan liar import bernilai RM303,000 menerusi Op Khazanah.

Dalam serbuan di sekitar bandaraya Kuching Selasa lalu itu, seorang lelaki tempatan ditahan memiliki haiwan yang terlindung tanpa permit sah.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mancha Ata berkata, pemeriksaan mendapati suspek memiliki lapan burung kakak tua pelbagai spesies, empat itik Whistling dan empat ayam Ring Necked Pheasant.

"Semua haiwan terbabit adalah spesis yang dilindungi dan dipercayai diimport dari luar negara.

"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak SFC Bahagian Kuching untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 12:20 PM