KENDERAAN membawa Datuk Saarani Mohamad dilihat masuk ke perkarangan Istana Kinta. FOTO Ihsan Pembaca
KENDERAAN membawa Datuk Saarani Mohamad dilihat masuk ke perkarangan Istana Kinta. FOTO Ihsan Pembaca
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad pula tiba memasuki perkarangan Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Saarani kelihatan tiba menaiki kereta Toyota Camry warna merah pada jam 11.57 pagi.

Terdahulu sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di perkarangan Istana Kinta dengan menaiki kenderaan jenis Mercedes warna kelabu pada jam 10.50 pagi sebelum keluar semula dari perkarangan selepas hampir sejam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 12:23 PM