GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Paras sungai di Terengganu semakin menurun selepas beberapa sungai sebelum ini melepasi paras bahaya.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, sehingga 9 pagi hari ini, tiga sungai direkodkan melepasi paras amaran membabitkan dua sungai di Setiu dan satu di Besut.

Di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Nerus di Langkap masing-masing merekodkan bacaan 13.06 meter (m) dan 20.80 m.

Selain itu, Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut turut direkodkan melepasi paras amaran dengan bacaan 34.13 m.

Sementara itu, tiga sungai di Terengganu kini direkodkan berada paras waspada iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu yang merekodkan bacaan 7.93 m, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang dengan bacaan 2.16 m dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman yang berada pada paras 17.94 m.

Sungai Nerus berada di paras bahaya jika melebihi 13.2m di Kampung Bukit dan 21 m di Langkap, manakala bagi Sungai Besut di Jambatan Keruak (35 m), Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri (8.8 m), Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan (2.7 m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak (18.5 m).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 11:19 AM