GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Roji Kawi

Kota Samarahan: Mahkamah Majistret di sini membenarkan seorang lelaki yang disyaki bertindak sebagai ejen bagi mendapatkan khidmat cop sempadan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Afidah Abdul Rahman selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Taman Desa Ilmu, Jalan Datuk Mohd Musa, di sini, dalam Ops Selat yang dilancarkan sepasukan anggota SPRM pada jam 4.20 petang, semalam.

Jurucakap SPRM berkata, penahanan itu adalah lanjutan siasatan yang dijalankan membabitkan pegawai Imigresen di Johor yang disyaki menerima rasuah sebanyak RM100 hingga RM500 bagi setiap pasport daripada ejen sebagai upah untuk membantu ahli sindiket menyalahgunakan proses mendapatkan pengesahan cop keselamatan tanpa kehadiran pemilik pasport dan tidak perlu keluar masuk Malaysia.

Sindiket itu dikenal pasti menjalankan aktiviti mereka sejak setahun yang lalu dan berada di bawah radar pemantauan SPRM bermulanya penguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19 pada 18 Mac lalu.

Berita berkaitan

46 ahli sindiket, anggota Jabatan Imigresen tumpas [METROTV]

13 suspek termasuk 9 anggota JIM direman [METROTV]

Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 3:31 PM